Fakta Pancut Awal. Teruk Sangat Ke?

 

Ejakulasi pramatang atau ‘pancut awal’ adalah satu keadaan kesihatan di mana lelaki terlalu mudah atau cepat memancutkan air mani semasa melakukan hubungan kelamin. Ia adalah antara ketidakfungsian fungsi seksual lelaki yang paling kerap terjadi. Ia boleh mengakibatkan ketidakpuasan kepada kedua-dua pasangan atau salah seorang dari pasangan ketika hubungan seks.
 

Apakah punca masalah pancut awal?

 

Faktor Psikologi

  1. Masalah kemurungan
  2. Trauma daripada pengalaman seksual yang menyakitkan dengan pasangan terdahulu atau kesan pernah mengalami gangguan seksual
  3. Kurang keyakinan diri dan rasa tubuh badan tidak cukup baik
  4. Kerisauan mengenai masalah mati pucuk
  5. Stres dan pelbagai masalah mental yang lain

 

Faktor Biologi

  1. Paras hormon yang tidak seimbang atau stabil
  2. Kecederaan atau masalah sistem saraf
  3. Penggunaan ubat atau dadah
  4. Paras serotonin yang rendah
  5. Kondisi abnormal yang mempengaruhi sistem ejakulatori
  6. Masalah Tiroid
  7. Keradangan atau jangkitan kepada organ reproduktif, khususnya bahagian prostat atau uretra
  8. Diabetes dan/atau penyakit jantung

 

Kepentingan merawat masalah pancut awal bagi lelaki

 

Masalah ejakulasi pramatang adalah antara penyakit yang umum di kalangan lelaki namun jarang diperkatakan. Pesakit tidak perlu menahan atau ‘derita dalam sepi’ dek kerana malu untuk mendapatkan pandangan dan rawatan yang tepat daripada pihak doktor, seolah-olah masalah ini sesuatu yang taboo atau malu untuk dibahaskan.
 

Merawat masalah pancut awal mempunyai kesan yang signifikan. Antaranya ialah:

  1. Membina keselarasan dalam hubungan
  2. Mengurangkan tekanan emosi yang berkaitan dan meningkatkan kesejahteraan psikologi
  3. Menjaga kesihatan seksual lelaki secara keseluruhan

 

Cara mengatasi masalah pancut awal

 
Pastikan anda  dengan berjumpa doktor profesional untuk pandangan dan rawatan yang sesuai berdasarkan faktor yang berkaitan.

Ubat tahan pancut awal yang lulus KKM wajar dipertimbangkan.
 

Ubat ini dapat membantu melambatkan ejakulasi dan meningkatkan prestasi seksual. Di Him Clinic, kami menyediakan konsultasi online dan rawatan yang selamat untuk membantu anda mengatasi masalah ini.
 

Dapatkan rawatan untuk melambatkan pancut awal di Him Clinic

 
Him Clinic menyediakan perkhidmatan yang berkesan dan sesuai dengan keadaan anda untuk membantu mengatasi para lelaki di Malaysia. Jadi, jangan ragu-ragu untuk hubungi kami dan dapatkan konsultasi.
 

Anda boleh juga cuba kuiz interaktif kami. Dari situ pun anda sudah boleh tahu apakah masalah anda
 

Doktor profesional kami akan memberikan pandangan yang tepat dan membantu anda mencari penyelesaian yang sesuai untuk masalah ejakulasi pramatang anda.

Tidak Pasti Masalah Lelaki Anda?

Buat pemantauan kendiri ini untuk kami memahami masalah anda dan kami boleh mengesyorkan rawatan yang sesuai!
Buat Pemantauan Kendiri