FAQ Pancut Awal. Suami Wajib Tahu

PANCUT AWAL

 

Kami terima banyak soalan setiap hari. Ada yang bangkitkan waktu konsultasi, ada juga yang hantar mesej Whatsapp.

 

Untuk kesekian kalinya, kami bawakan untuk ada “FAQ Pancut Awal” edisi terus terang tanpa lapik.

 

Jom

 

Kenapa Selalu Pancut Awal?

 

Masalah “pancut awal” atau istilah perubatannya ejakulasi pramatang adalah isu sangat biasa dialami orang lelaki, baik muda atau berumur.

 

Dalam satu kajian, hampir 1 daripada 3 lelaki pernah mengalaminya, sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

 

Kenapa ia berlaku?

 

Antara sebab utama termasuk:

  • Fisiologi: Sesetengah lelaki mungkin lebih sensitif secara semula jadi, atau ada ketidakseimbangan hormon serotonin.
  • Psikologi: Tekanan, cemas, takut tak perform atau terlalu teruja boleh buat sistem saraf ‘terlebih hantar isyarat’ lalu menyebabkan ejakulasi terlalu cepat.
  • Hubungan tak stabil: Rasa tidak yakin dengan pasangan atau isu komunikasi juga boleh mempengaruhi kawalan ejakulasi.

 

Walaupun ia nampak remeh, ejakulasi pramatang boleh memberi kesan besar — bukan saja dari segi kepuasan pasangan, tapi juga keyakinan diri dan keharmonian rumah tangga.

 

Berita baik, ada cara untuk atasi — dan banyak lelaki berjaya kawal masalah ini selepas dapatkan rawatan yang sesuai.

 

Adakah Pancut Awal Boleh Mengandung?

 

PANCUT AWAL MENGANDUNG

 

Ini soalan yang kerap ditanya — terutamanya pasangan baru berkahwin… atau mereka yang cuba elak kehamilan.

 

Jawapannya: Ya, pancut awal tetap boleh menyebabkan kehamilan, walaupun ejakulasi berlaku dalam masa yang sangat singkat.

 

Kenapa?

 

Sebab walaupun hubungan berlangsung cuma seminit dua, jika zakar masuk ke dalam faraj dan ejakulasi berlaku (walaupun tak sepenuhnya), sperma tetap boleh sampai ke ovum dan menyebabkan kehamilan.

 

Fakta menarik, cecair pra-ejakulasi (pre-cum) pun kadangkala mengandungi sperma.

 

Jadi walaupun belum pancut sepenuhnya, tetap ada kebarangkalian. Maka, masalah ejakulasi pramatang bukan hanya isu kepuasan — ia juga ada implikasi terhadap perancangan keluarga.

 

Sekiranya anda dan pasangan masih ragu, elok dapatkan dahulu konsultasi atas talian.

 

Selain mudah dan rahsia terjaga, ia juga membantu anda membuat keputusan yang lebih tepat tentang kesihatan seksual dan perancangan masa depan.

 

Berapa Lama Pancut?

 

Soalan ini biasa orang tanya macam ni – “Normal ke kalau saya tahan 2 minit je?”

 

“Kena tahan berapa lama baru dikira lelaki sejati?”

 

Jawapannya agak fleksibel. Kajian menunjukkan:

  • Purata masa dari penetrasi ke ejakulasi bagi lelaki sihat ialah antara 5 hingga 10 minit.
  • Jika kurang dari 5 minit secara konsisten 9apatah lagi bawah 3 minit), kemungkinan besar dikira sebagai ejakulasi pramatang.

 

Namun, “berapa lama” bukan satu-satunya ukuran. Kepuasan pasangan, kawalan diri, dan tahap keintiman juga penting.

 

Ada lelaki tahan lama tapi tak tahu beri kepuasan, dan ada yang cepat tapi tetap romantik dan peka.

 

Tapi jika anda kerap pancut sebelum sempat pasangan rasa apa-apa, atau langsung tak boleh kawal bila ejakulasi berlaku, itu petanda jelas anda perlu sekurang-kurangnya saringan dari rumah.

 

Kini ada rawatan moden termasuk ubat, teknik mental, dan senaman tertentu yang terbukti berkesan.

 

Semuanya boleh diakses tanpa perlu pergi ke klinik — atas talian pun memadai.

 

 

Kenapa Suami Tak Tahan Lama?

 

HIM CLINIC KENAPA SUAMI TAK TAHAN LAMA

 

Hah. soalan ni sering timbul daripada isteri yang kecewa, tak puas atau rasa diabaikan.

 

Soalan “kenapa suami tak tahan lama?” bukanlah untuk menyalahkan satu pihak sahaja.

 

Ada beberapa faktor biasa antaranya:

  • Masalah dalaman lelaki seperti tekanan kerja, letih, kurang tidur atau kemurungan ringan.
  • Masalah fizikal seperti masalah mati pucuk atau kesan sampingan ubat tertentu.
  • Kurang pengetahuan tentang seks – ramai lelaki tak pernah diajar cara kawal rangsangan, cara fokus pada pasangan, atau teknik menunda pancutan.

 

Dalam kes seperti ini, ramai lelaki sebenarnya mahu perbaiki diri, cuma tak tahu bagaimana atau malu nak bertanya. Di sinilah Him Clinic memainkan peranan penting.

 

Dengan bantuan pakar, anda boleh belajar teknik kawalan, ubah gaya hidup, dan jika perlu, dapat rawatan ubat atau terapi. Semua ini boleh dilakukan secara sulit dan selesa dari rumah.

 

Yang penting — jangan biarkan masalah ini berlarutan hingga hubungan menjadi renggang.

 

Dapatkan Bantuan: Jangan Malu, Jangan Tunggu

 

Masalah ejakulasi pramatang bukan sesuatu yang pelik atau memalukan. Ia sangat biasa, dan boleh dirawat dengan cara yang betul.

 

Jika dibiarkan, ia boleh menjejaskan emosi, hubungan dan keyakinan diri.

 

Tak perlu bersusah payah ke klinik atau menunggu berjam-jam di farmasi. Dengan konsultasi atas talian, anda boleh:

✅ Berbincang dengan doktor lelaki yang faham isu ini
✅ Dapatkan rawatan yang sah dan terbukti berkesan
✅ Terima ubat terus ke rumah — rahsia dijaga rapi
✅ Jimat masa dan kos

 

Ramai lelaki kembali yakin selepas menerima rawatan — dan kenapa tidak anda?

 

Rawat Mati Pucuk Pancut Awal Atas Talian

 

Akhir sekali…

 

Soalan-soalan seperti kenapa selalu pancut awal, berapa lama baru normal, atau boleh mengandung ke kalau pancut awal adalah persoalan biasa, tapi jawapannya tak semestinya mudah. Ia bergantung kepada banyak faktor

 

Yang pasti Ejakulasi pramatang boleh dirawat. Dan bantuan itu kini lebih mudah dengan bantuan doktor atas talian

 

Jangan pendam. Jangan malu. Ini soal kelelakian anda dan kesejahteraan rumah tangga.

 

👉 Klik di bawah untuk mulakan langkah pertama — semudah isi borang dan tunggu doktor hubungi anda.
Tenaga kembali, hubungan pun kembali hangat.

 

Kerana lelaki sebenar tak pernah gentar… Ayo!

KONSULTASI MATI PUCUK PANCUT AWAL DALAM TALIAN

Tidak Pasti Masalah Lelaki Anda?

Buat pemantauan kendiri ini untuk kami memahami masalah anda dan kami boleh mengesyorkan rawatan yang sesuai!
Buat Pemantauan Kendiri