“Kekuatan datang dari keberanian mencari penyelesaian. Mati pucuk bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan.”

Terapi Kejutan Ekstrakorporeal (ESWT) untuk Mati Pucuk.
ESWT menggunakan kejutan berskala rendah untuk merangsang aliran darah ke zakar dan pembentukan saluran darah baru (Angiogenesis), membantu merawat mati pucuk. Kebaikannya termasuk:
- Peredaran darah zakar yang lebih baik
- Meningkatkan ereksi dan prestasi secara semulajadi
- Merawat masalah Peyronie dengan mengurangkan tisu parut
- Bebas kesakitan, dan tiada kesan sampingan
- Tidak mengganggu aktiviti harian

Bagaimana Terapi Shockwave dilakukan?
Pesakit akan berbaring menghadap ke atas, dan doktor menggunakan transduser untuk menyampaikan denyutan di lokasi tertentu. Sesi berlangsung 15–20 minit tanpa rasa sakit, hanya sensasi seperti “semut-semut.”
Tiada anestesia diperlukan, dan pesakit boleh meneruskan aktiviti harian. Bilangan sesi ditentukan melalui rundingan dengan doktor.
ESWT selamat dan berkesan.

Tidak Menyakitkan dan Tidak Invasif

Selamat dan Efektif

Merawat Lemah Syahwat & Batin

Terbukti Secara Klinikal

Merawat Pelbagai Masalah
SOALAN LAZIM.

Berapa sesi yang saya perlukan?
Jumlah sesi adalah bergantung atas faktor individu. Lelaki dengan masalah yg lebih berat memerlukan jumlah sesi yg lebih banyak. Secara umum, kami menganjurkan sesi antara 6 ke 12 sesi keseluruhannya. Boleh diambil 2-3 kali dalam masa seminggu.
Berapa kerap saya perlu mengulangi ESWT?
Anda disarankan mengambil sesi ulangan setiap 1-2 tahun untuk kesan maksimum.
Adakah terdapat kesan sampingan daripada rawatan ini?
Rawatan ESWT adalah rawatan non-invasif dan bersifat luaran. Ia berkesan dan selamat daripada kesan sampingan.
Apakah persiapan saya sebelum mengambil rawatan?
Tidak ada sebarang persediaan diperlukan. Anda tidak perlu berpuasa, cuma hadirkan diri anda untuk sesi rawatan.
Siapakah Dr Samhan?
Dr. Samhan, pengasas HIM Clinic, juga merupakan penerima Anugerah Pengaruh Kesihatan Negara Terbaik 2024. Sebagai pelopor platform telekesihatan pertama di Malaysia yang memberi fokus kepada kesihatan seksual lelaki, beliau telah membantu lebih 60,000 lelaki sejak pembukaan klinik tersebut.
HIM Clinic telah memberi impak besar dalam meningkatkan kesihatan seksual ribuan lelaki melalui rawatan yang khusus dan berkesan.
