Ramai orang sangka COVID-19 hanya serang paru-paru. Tapi tahukah anda ia juga boleh beri kesan kepada prestasi anda di ranjang?
Sejak pandemik 2020, ada peningkatan mendadak lelaki yang mengadu masalah mati pucuk dan pancut awal — walaupun mereka sihat sebelum ini. Beberapa kajian antarabangsa menunjukkan perkaitan COVID-19 dan fungsi seksual.
Lebih merisaukan, sebahagian netizan berkongsi kesan sampingan vaksin terhadap fungsi seksual mereka.
Apa sebenarnya yang berlaku?
COVID-19 & Kesuburan Lelaki – Apa Kata Kajian?
COVID-19 bukan sekadar jangkitan pernafasan. Virus ini boleh masuk ke dalam salur darah dan mengganggu aliran darah ke seluruh tubuh — termasuk ke bahagian zakar.
Beberapa kajian di Eropah mendapati:
-
-
Lelaki yang dijangkiti COVID berisiko alami mati pucuk disebabkan kerosakan pada salur darah kecil
-
Jangkitan juga boleh jejaskan pengeluaran hormon testosteron, yang penting untuk nafsu dan fungsi seksual
-
Ada juga kes lelaki mula alami ejakulasi pramatang selepas pulih daripada COVID
-
Walaupun bukan semua terkesan, tetapi jika anda rasa ‘kurang bertenaga’ atau ‘kurang perform’ sejak jangkitan COVID dulu, anda tak keseorangan.
Vaksin COVID – Jejas Kesihatan Seksual?
Ini antara soalan yang paling kerap ditanya — “Betul ke vaksin boleh buat lelaki lemah tenaga batin?”
Jawapannya: Tidak.
Tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan vaksin COVID-19 menyebabkan mati pucuk atau ejakulasi pramatang. Malah, perlindungan vaksin membantu mencegah komplikasi serius yang boleh menjejaskan kesihatan seksual secara tak langsung.
Apa yang lebih berbahaya ialah tidak divaksin dan dijangkiti virus — kerana itu pasti meninggalkan kesan kepada pengaliran darah dan hormon.
Macam Mana Pula HFMD?
HFMD (Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut) biasa dikaitkan dengan budak kecil, tapi orang dewasa pun boleh kena. Virus ni mudah berjangkit, terutama kalau sistem imun lemah.
Walaupun simptom biasanya ringan macam demam, sakit tekak dan ruam , ia tetap boleh mengganggu aspek kesihatan seksual.
Waktu HFMD sedang menular macam sekarang, jaga kebersihan, dan elak sentuhan dengan orang bergejala.
Tanda-Tanda Anda Perlu Ambil Serius
Jika anda alami salah satu daripada perkara berikut, mungkin sudah sampai masa untuk bertindak:
- Zakar tidak sekeras dulu, atau sukar nak ‘maintain” keras
- Klimaks terlalu awal, isteri belum sempat puas
- Rasa kurang nafsu, tak berminat untuk bersama
- Rasa tertekan, malu, mengelak untuk bersama
Jangan anggap ini perkara kecil. Mati pucuk dan ejakulasi pramatang boleh jejaskan hubungan dan kualiti hidup anda.
Konsultasi Atas Talian – Solusi Moden Untuk Lelaki
Kita hidup di era serba mudah. Kalau dulu kena pergi klinik untuk bincang soal ‘sulit’, sekarang anda boleh buat saringan atas talian — tanpa perlu keluar rumah.
Dengan beberapa soalan mudah, anda boleh:
✅ Pilihan antara rawatan yang dipadankan dengan anda
✅ Bercakap dengan doktor secara audio, dan
✅ Terima ubat terus ke pintu rumah
Lebih 30,000 lelaki di Malaysia berpuas hati dengan khidmat profesional ini — kenapa tidak anda?
Jaga Kesihatan, Jaga Kelelakian
COVID-19 mungkin dah berlalu, tapi kesannya boleh jadi masih dirasai — terutama pada kesihatan seksual.
Jangan tunggu sampai hubungan jadi dingin, keyakinan terjejas baru nak bertindak.
Kalau anda alami mati pucuk, ejakulasi pramatang, atau apa-apa masalah berkaitan prestasi, jangan diam.
Tap “mulakan saringan” dan lihat pilihan rawatan anda. Lelaki sejati, tak biar “aset” mati.