Onani atau “melancap” ni topik yang orang malu nak bincang, tapi bukan sikit orang yang buat.
Onani bukan perkara baru. Sejak zaman purba lagi, manusia dah mula lakukannya. Kini, ia seakan sebahagian daripada realiti moden.
Sejauh mana kita maklum kesannya kepada kesihatan? Adakah benar ia boleh beri kesan kepada prestasi di ranjang?
Mari kita kupas — dari statistik hingga bahaya tersembunyi. Mati pucuk, pancut awal termasuk?
Statistik Onani: Lebih Daripada Yang Diangka
Menurut kajian global oleh Kinsey Institute, lebih 80% lelaki dewasa mengaku melakukan onani secara berkala. Di Malaysia sendiri, data tidak rasmi menunjukkan lebih separuh lelaki bujang melakukannya sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu.
Malah, ramai juga yang masih teruskan walaupun sudah berkahwin.
Ini menunjukkan bahawa onani sudah menjadi kebiasaan — yang mana bila dilakukan secara berlebihan dan tanpa kawalan boleh memberi impak negatif kesihatan fizikal dan mental.
Kenapa Orang Lelaki Onani?
Ada banyak sebab kenapa lelaki beronani…
- Melepaskan tekanan atau stres
- Tidak mempunyai pasangan
- Rasa ingin tahu atau mungkin tabiat lama
- ‘Jalan mudah’ berbanding hubungan sebenar
- Ketagih pornografi dan bahan lucah
Masalahnya, bila dah jadi kebergantungan, otak dan tubuh mula terbiasa dengan rangsangan tidak realistik — dan ini boleh mencetuskan masalah mati pucuk dan mungkin juga ejakulasi pramatang ketika berhubungan secara sebenar.
Bahaya Onani
Walaupun onani tidak kerap tidak berbahaya, tetapi jika berlebihan, ia boleh:
- Menjejaskan tahap sensitiviti zakar
- Mengganggu fungsi normal ereksi (penyebab mati pucuk)
- Menjadikan otak terbiasa dengan stimulasi visual dan cepat klimaks (ejakulasi pramatang)
- Mengurangkan keinginan untuk hubungan sebenar
- Menyebabkan rasa bersalah, kemurungan dan stress
Ramai lelaki tak sedar — simptom awal seperti susah kekalkan kekerasan atau klimaks terlalu awal bukan perkara kecil. Ia mungkin tanda awal mati pucuk atau ejakulasi pramatang.
Bila Patut Risau?
Kalau anda mula alami simptom seperti
- Sukar untuk capai atau kekalkan ereksi semasa bersama isteri
- Klimaks dalam masa kurang 5 minit
- Rasa kurang nikmat semasa hubungan
- Lebih seronok onani daripada bersama pasangan
…ini petanda anda perlu mula bertindak. Jangan tunggu sampai isteri kecewa atau hubungan makin renggang.
Konsultasi Atas Talian – Langkah Pertama Selamat & Sulit
Berita baik, anda tak perlu pergi ke klinik (serius…)
Sekarang dah ada konsultasi atas talian yang selamat, senang dan profesional.
✅ Jawab beberapa soalan ringkas dari rumah
✅ Konsultasi atas talian bersama doktor lelaki bertauliah
✅ Rawatan, ubat mati pucuk atau ejakulasi pramatang dihantar terus ke rumah
✅ 100% privasi anda terjaga
Semakin ramai lelaki moden hari ini guna konsultasi atas talian saja. Isu selesai, tanpa malu, tiada stres.
Onani Satu Hal, Simpan Masalah Satu Hal Juga
Onani yang dulu-dului tu biarkanlah, tapi bila dah ganggu prestasi atas katil, jangan tunggu lama-lama.
Masalah mati pucuk, ejakulasi pramatang bukan penamat segalanya — ia boleh dirawat jika anda ambil tindakan awal. Dengan konsultasi atas talian, langkah anda kini jauh lagi mudah.
👉 Klik di sini untuk buat saringan percuma.
Sihat, confident, happy… tak nak jadi lelaki dambaan isteri?