🎯 Diskaun 11%, Extra Gift · Checkout Sekarang! 🛒

Masalah Pancut Awal? Ini Punca Utama & Cara Mengatasinya

 

Intipati Utama

  • Pancut awal atau ejakulasi pramatang menjejaskan 5%–15% lelaki secara klinikal.
  • 21.4% lelaki Malaysia dilaporkan mengalami masalah ini.
  • Punca utama termasuk keresahan, hormon, mati pucuk, dan gaya hidup tidak sihat.
  • Teknik kawalan, senaman otot pelvis, kaunseling, dan ubat tertentu boleh membantu.
  • Him Clinic menawarkan rawatan peribadi dan terbukti berkesan untuk masalah ini.

 

Apa Itu Pancut Awal?

 

Pancut awal, atau ejakulasi pramatang, ialah keadaan di mana lelaki mencapai klimaks lebih awal daripada yang diinginkan ketika bersama pasangan. Masalah ini bukan sekadar tentang masa ejakulasi yang singkat, tetapi juga melibatkan kesukaran mengawal ejakulasi dan memberi tekanan emosi kepada individu serta pasangan.

 

Menurut laporan dalam Diagnostics, ejakulasi pramatang menjejaskan kesejahteraan psikologi dan hubungan intim lelaki. Data daripada Translational Andrology and Urology menunjukkan sehingga 30% lelaki melaporkan mengalami isu ini secara subjektif.

 

Statistik & Kajian Mengenai Ejakulasi Pramatang

 

Namun, kajian daripada Sexes (MDPI, 2024)mendapati prevalens sebenar, berdasarkan kriteria klinikal, adalah sekitar 5% hingga 15%.

 

Dalam konteks tempatan, satu kajian di klinik primer Kelantan mendapati bahawa 21.4% lelaki mengalami ejakulasi pramatang, menunjukkan bahawa masalah ini bukanlah jarang berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia.

 

 

Punca-Punca Masalah Pancut Awal Lelaki

 

Masalah pancut awal boleh berlaku disebabkan gabungan faktor psikologi, fizikal, dan gaya hidup. Garis panduan antarabangsa yang dibincangkan dalam Diagnostics menjelaskan beberapa punca utama:

 

Keresahan & Tekanan Emosi

 

Kebimbangan prestasi, stres kerja, atau masalah hubungan boleh mempercepatkan ejakulasi.

 

Hipersensitiviti Zakar

 

Saraf zakar yang terlalu sensitif menyebabkan ejakulasi berlaku lebih cepat.

 

Ketidakseimbangan Neurotransmitter

 

Paras serotonin dan dopamin yang rendah dikaitkan dengan kawalan ejakulasi yang lemah.

 

Masalah Kesihatan

 

Ini antara lain termasuk mati pucuk, prostatitis, dan hipertiroidisme. Kajian dalam Translational Andrology and Urology mendapati 50% lelaki dengan hipertiroidisme mengalami pancut awal, dan kadar ini menurun ke 15% selepas rawatan tiroid.

 

Gaya Hidup & Faktor Risiko

 

Merokok, obesiti, kurang bersenam, diabetes, serta pengambilan alkohol berlebihan turut meningkatkan risiko.

 

Masalah ini bukanlah tanda “kurang lelaki” tetapi ia adalah keadaan yang mempunyai faktor biologi dan psikologi yang boleh diuruskan dengan rawatan yang sesuai.

 

 

Tanda-Tanda & Kesan Pancut Awal

 

Antara tanda-tanda yang menunjukkan berlakunya masalah pancut awal:

  • Ejakulasi berlaku kurang daripada satu minit selepas penetrasi.
  • Sukar mengawal waktu ejakulasi walaupun mencuba.
  • Rasa kecewa atau tidak puas selepas hubungan.

Kesan masalah ini bukan sekadar fizikal, tetapi juga melibatkan emosi dan psikologi. Namun, ramai lelaki memilih untuk berdiam diri kerana stigma, walaupun sebenarnya rawatan berkesan tersedia.

 

Mengenali tanda-tanda awal adalah langkah pertama ke arah mendapatkan bantuan dan meningkatkan keyakinan diri serta keharmonian hubungan.

 

Cara Mengatasi Pancut Awal

 

Pendekatan untuk mengatasi masalah pancut awal berbeza mengikut punca dan tahap masalah. Antara kaedah yang disarankan termasuk:

 

Terapi Psikologi & Kaunseling

 

Jika pancut awal berpunca daripada stres, keresahan, atau kebimbangan prestasi, kaunseling individu atau pasangan boleh membantu. Terapi ini, termasuk sex therapy, mengajar teknik pengurusan rangsangan, komunikasi dengan pasangan, dan strategi mengawal ejakulasi.

 

Teknik Kawalan Ejakulasi

 

  • Pause-Squeeze → Tekan pangkal zakar ketika hampir klimaks untuk melambatkan ejakulasi.
  • Start-Stop → Berhenti seketika semasa rangsangan, kemudian sambung semula selepas sensasi reda.

 

Senaman Otot Pelvis (Kegel)

 

Senaman Kegel, atau senaman otot pelvis, terbukti berkesan dalam menangani mati pucuk dan ejakulasi pramatang, dan disarankan sebagai rawatan pertama untuk kes-kes ringan. Menguatkan otot ischiocavernosus dan bulbocavernosus yang terletak di pangkal  zakar dan aktif semasa ereksi dapat membantu meningkatkan kekuatan ereksi dan kawalan ejakulasi.

 

Rawatan Farmakologi

  • Dapoxetine (SSRI on-demand)
  • Krim atau spray anestetik topikal
  • SSRI harian untuk kes yang lebih serius

 

Rawatan Masalah Berkaitan

 

Jika masalah berpunca daripada mati pucuk atau prostatitis, rawatan untuk masalah asas ini perlu diutamakan bagi memastikan keberkesanan terapi.

 

 

Tips Tambahan untuk Elak Pancut Awal

 

Selain teknik dan rawatan, perubahan gaya hidup juga memainkan peranan penting:

  • Amalkan teknik relaksasi seperti meditasi atau pernafasan dalam.
  • Tidur cukup dan bersenam untuk menstabilkan hormon.
  • Kurangkan rokok dan alkohol kerana ia boleh mempengaruhi sensitiviti saraf.
  • Tingkatkan rutin hubungan intim untuk meningkatkan kawalan ejakulasi.

 

Sokongan & Rawatan Untuk Lelaki Pancut Awal di Him Clinic

 

Masalah pancut awal boleh diatasi dengan pendekatan profesional dan rahsia. Di Him Clinic, anda boleh mendapatkan:

  • Perbincangan atas talian dengan doktor bertauliah.
  • Penilaian menyeluruh untuk mengenal pasti punca sebenar.
  • Rawatan berasaskan bukti klinikal yang disesuaikan dengan keperluan individu.

Jika anda mengalami masalah pancut awal, hubungi kami untuk mendapatkan penilaian awal dan bincang dengan doktor kami untuk mengetahui kaedah rawatan terbaik untuk anda.

 

Rujukan

  1. McMahon, C. G., Jannini, E. A., Serefoglu, E. C., & Hellstrom, W. J. G. (2016). The pathophysiology of acquired premature ejaculation. Translational Andrology and Urology. Available at: https://tau.amegroups.org/article/view/11133/html
  2. Rowland, D. L., Mirnics, Z., & Tamas, S. (2024). Global prevalence and epidemiology of premature ejaculation: A narrative review of national and cultural differences. Sexes (MDPI). Available at: https://www.mdpi.com/2411-5118/5/4/43
  3. Zamree, M. R. A., Bahari, I. S., Faridah, M. Z., & Norhayati, M. N. (2017). Premature ejaculation and its associated factors among men attending a primary healthcare clinic in Kelantan, Malaysia. J Taibah University Medical Sciences, 13(2), 173–179. Available at: https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/31435320/

 

Artikel Ini Telah Disemak dan Disahkan Oleh:

Dr Ahmad Samhan Awang

Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (M.B.B.Ch.), Universiti Tanta, Mesir.

Pengamal Perubatan Kesihatan Lelaki bertaulah, Society of Men’s Health Singapore

Dr. Ahmad Samhan Awang ialah doktor bertauliah yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) melalui pendaftaran penuh (No. 79640, bertarikh 18 Oktober 2018

Tidak Pasti Masalah Lelaki Anda?

Buat pemantauan kendiri ini untuk kami memahami masalah anda dan kami boleh mengesyorkan rawatan yang sesuai!
Buat Pemantauan Kendiri