
Intipati Utama
- Ubat kuat lelaki di Malaysia ada dalam bentuk oral, spray, herba tradisional, krim topikal, dan preskripsi klinik.
- Pilih produk berdaftar KKM untuk keselamatan dan keberkesanan.
- Elakkan ubat kuat tidak sah kerana risiko kesan sampingan serius.
- Dapatkan nasihat doktor sebelum guna sebarang ubat kuat lelaki.
Pengenalan Ubat Kuat Lelaki di Malaysia
Permintaan terhadap ubat kuat lelaki semakin meningkat di Malaysia, dengan ramai lelaki mencari produk yang boleh membantu meningkatkan keyakinan dan prestasi seksual.
Menurut laporan National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2019, yang dipetik dari PP Health Malaysia, sebanyak 31.6% lelaki Malaysia berumur 18 tahun ke atas mengalami mati pucuk sederhana hingga teruk. Malah, prevalensinya meningkat kepada 69.5% bagi lelaki berusia melebihi 40 tahun.
Fenomena ini menyebabkan pelbagai jenis ubat kuat lelaki muncul di pasaran, dari oral hingga ke spray, sama ada berasaskan bahan moden atau tradisional. Namun, tidak semua produk ubat kuat di Malaysia dijamin selamat atau berkesan, justeru pemilihan yang bijak sangat penting.
1. Ubat Kuat Oral (Pil & Kapsul)
Ubat kuat oral seperti pil dan kapsul adalah antara pilihan paling popular di Malaysia. Produk ini biasanya mengandungi bahan aktif seperti sildenafil, tadalafil, atau ekstrak herba yang didakwa membantu meningkatkan tenaga batin lelaki.
Satu kajian yang dijalankan di 12 klinik kerajaan di Kuantan pada tahun 2021 oleh IIUM Medical Journal melaporkan bahawa 69.3% lelaki yang disampel mengalami mati pucuk, dengan 45.7% pada tahap ringan dan 2.3% pada tahap sederhana. Statistik ini menunjukkan bahawa ramai lelaki memerlukan solusi seperti pil untuk meningkatkan prestasi seksual, tetapi penggunaannya perlu dilakukan dengan berhati-hati dan di bawah nasihat doktor.
Pengguna perlu memastikan ubat kuat lelaki yang dipilih telah mendapat bimbingan dari doktor kesihatan yang bertauliah untuk mengelakkan risiko kesan sampingan yang tidak diingini. Untuk pilihan yang selamat. anda boleh rujuk ubat tahan lama di Him Clinic.
2. Ubat Kuat Spray
Spray ubat kuat lelaki direka untuk penggunaan luaran, biasanya disembur terus ke kawasan zakar sebelum hubungan intim. Spray ini bertujuan membantu mengurangkan sensitiviti dan memanjangkan tempoh bersama.
Ramai lelaki memilih spray kerana ia mudah digunakan dan bertindak pantas. Untuk hasil yang selamat dan berkesan, pastikan anda memilih spray ubat kuat lelaki yang telah diuji secara klinikal, serta ikuti arahan penggunaan dengan teliti
3. Ubat Kuat Tradisional
Ubat kuat tradisional lelaki masih menjadi pilihan ramai kerana bahan-bahan semula jadi seperti tongkat ali, ginseng, atau herba tempatan lain. Walaupun ada yang percaya kepada keberkesanan ubat kuat tradisional, pengguna perlu berhati-hati dengan tuntutan yang tidak disokong kajian saintifik.
Laporan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2024 mendedahkan bahawa pihak berkuasa telah merampas 527 produk perangsang seks tidak berdaftar dengan nilai lebih RM4.4 juta, menurut laporan Buletin TV3. Dalam satu lagi operasi, Utusan Malaysia melaporkan bahawa produk ubat kuat bernilai RM5.8 juta turut ditemui mengandungi bahan terlarang.
Pendedahan ini membuktikan bahawa pasaran Malaysia dibanjiri dengan produk tidak sah yang boleh membahayakan kesihatan pengguna.
4. Ubat Kuat Topikal (Gel & Krim)
Selain spray, terdapat juga ubat kuat lelaki dalam bentuk gel atau krim. Produk ini disapu terus ke kulit zakar dan biasanya digunakan untuk membantu meningkatkan aliran darah atau mengurangkan sensitiviti.
Ubat kuat topikal sesuai untuk lelaki yang tidak mahu mengambil pil atau kapsul. Namun, pengguna perlu peka terhadap kemungkinan alahan kulit atau iritasi, dan elakkan penggunaan produk tanpa kelulusan KKM.
5. Ubat Kuat Dari Klinik atau Farmasi
Pilihan paling selamat adalah mendapatkan ubat kuat lelaki dari klinik atau farmasi yang berdaftar. Ubat kuat terbaik di Malaysia lazimnya hanya boleh diperoleh melalui preskripsi doktor.
Menurut laporan oleh Malaymail mengenai penghasilan CPG pengurusan disfungsi ereksi, Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG) dibangunkan untuk memastikan pesakit mati pucuk menerima penjagaan terbaik oleh penyedia kesihatan yang “dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang relevan,” sebagaimana dinyatakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
CPG ini menekankan bahawa rawatan seperti penggunaan inhibitor PDE-5 perlu dilakukan di bawah pengawasan perubatan dan menasihati agar pengguna mengelakkan produk ubat kuat tidak berdaftar atau tidak sah, kerana hanya rawatan yang berdaftar dan dirancang secara klinikal terbukti selamat dan berkesan.
Dengan memilih rawatan melalui preskripsi klinikal:
- Anda meningkatkan peluang mendapatkan ubat yang diuji keselamatan dan keberkesanannya.
- Anda mengurangkan risiko kesan sampingan serius daripada produk tidak terkawal.
- Anda menerima sokongan pemantauan perubatan yang memperkukuh hasil rawatan.
Penilaian dengan profesional kesihatan memastikan anda mendapat rawatan yang sesuai, selamat, dan berkesan mengikut keperluan individu. Klinik seperti Him Clinic turut menawarkan nasihat perubatan menyeluruh secara atas talian dan preskripsi ubat kuat lelaki yang telah diuji secara klinikal
Panduan Memilih Ubat Kuat Yang Selamat di Malaysia
Sebelum membeli atau menggunakan ubat tenaga batin, pertimbangkan faktor keselamatan:
- Semak nombor pendaftaran MAL dan logo Meditag sebagai bukti kelulusan KKM.
- Rujuk sumber sahih seperti Portal Carian Produk Berdaftar NPRA untuk memastikan status sah sesuatu ubat atau suplemen di pasaran.
- Elakkan membeli dari media sosial atau laman web tidak sah, kerana produk tidak berdaftar berisiko mengandungi bahan berbahaya.
Jika ragu-ragu, dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sebelum mencuba produk baru.

Pilih Ubat Kuat Dengan Bijak Demi Kesihatan Anda
Terdapat pelbagai jenis ubat kuat lelaki di Malaysia, dari oral, spray, tradisional, topikal hingga ke preskripsi klinik. Setiap jenis mempunyai kelebihan dan risiko tersendiri. Masalah mati pucuk bukan sahaja menjejaskan golongan berusia, malah kini turut menyerang lelaki muda akibat faktor gaya hidup dan tekanan.
Jangan teragak-agak untuk mendapatkan nasihat profesional. Pilihan yang bijak akan membantu anda menjaga kesihatan jangka panjang dan mengelakkan komplikasi yang tidak diingini.
Untuk nasihat perubatan atas talian dan preskripsi selamat, hubungi kami di Him Clinic bagi mendapatkan saringan awal.
Rujukan
- PP Health Malaysia. Alarming 31.6% of Malaysian Men Aged 18 and Above Suffer from Moderate to Severe Erectile Dysfunction. Available at: https://pphealthmalaysia.com/2025/06/09/alarming-31-6-of-malaysian-men-aged-18-and-above-suffer-from-moderate-to-severe-erectile-dysfunction/
- International Islamic University Malaysia (IIUM). Prevalence of Erectile Dysfunction Among Male Patients Attending Government Clinics in Kuantan. IIUM Medical Journal Malaysia, 2021. Available at: https://journals.iium.edu.my/kom/index.php/imjm/article/view/2091
- Buletin TV3. Rampasan 527 Produk Perangsang Seks Tidak Berdaftar Bernilai Lebih RM4.4 Juta. Available at: https://www.youtube.com/watch?v=yNJkQSaTcvk
- Utusan Malaysia. RM5.8 Juta Nilai Rampasan Ubat Kuat Tidak Berdaftar. Available at: https://www.utusan.com.my/berita/2021/11/rm-5-8-juta-nilai-rampasan-ubat-kuat-tidak-berdaftar/
- Malay Mail. Health Ministry Sounds Alarm as Erectile Dysfunction Becomes Silent Struggle for Most Malaysian Men Past 40. Available at: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/05/20/health-ministry-sounds-alarm-as-ed-becomes-silent-struggle-for-most-malaysian-men-past-40/177457
Artikel Ini Telah Disemak dan Disahkan Oleh:
Dr Ahmad Samhan Awang
Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (M.B.B.Ch.), Universiti Tanta, Mesir.
Pengamal Perubatan Kesihatan Lelaki bertaulah, Society of Men’s Health Singapore
Dr. Ahmad Samhan Awang ialah doktor bertauliah yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) melalui pendaftaran penuh (No. 79640, bertarikh 18 Oktober 2018