Atasi ejakulasi pramatang & kuasai prestasi anda sendiri
- Bahan yang terbukti secara klinikal
- Tidak memerlukan lawatan ke klinik
- Rawatan tanpa preskripsi dan dengan preskripsi tersedia, jika disyorkan doktor

Ejakulasi Pramatang
Faktor Lelaki Ejakulasi Pramatang
Gangguan psikologi
Tekanan hidup yang tinggi, kemurungan, jarang bersama juga boleh menyebabkan ejakulasi pramatang
Faktor fizikal
Kadar sensiviti tinggi zakar dan sistem saraf, radang prostat, mati pucuk juga menyebabkan PE
Ubat-ubatan
Pengambilan sesetengah ubat boleh mengganggu kadar bahan kimia saraf membawa kepada ejakulasi pramatang
Ubat Ejakulasi Pramatang
Dari Klinik Dengan Preskripsi Doktor
Maklumat keselamatan: Ubat-ubatan kesihatan lelaki adalah bahan terkawal. Konsultasi dengan doktor bertauliah adalah wajib untuk kesan terbaik
Prevalens & Keberkesanan Rawatan
20%Lelaki Malaysia terkesan
80%Durasi lebih lama selepas rawatan

Soalan Lazim Mengenai Ejakulasi Pramatang
Apakah itu ejakulasi pramatang?
Ejakulasi pramatang ialah keadaan di mana lelaki mengalami pancutan awal sebelum atau sejurus selepas penetrasi.
Apakah punca utama ejakulasi pramatang?
Punca utama termasuk faktor psikologi, fizikal, dan ubatan tertentu.
Apakah rawatan terbaik untuk ejakulasi pramatang?
Rawatan terbaik bergantung pada punca, termasuk terapi, ubat, dan perubahan gaya hidup.
Untuk rawatan yang lebih holistik, Plan Steady+ yang menggabungkan rawatan moden dengan Him Coffee atau Plan Xtend boleh membantu meningkatkan daya tahan ketika bersama. Pastikan anda mendapatkan slot konsultasi doktor untuk rawatan yang sesuai dengan keadaan anda.
Apakah kesan ejakulasi pramatang kepada lelaki?
Ia boleh menjejaskan keyakinan diri, hubungan, dan kepuasan seksual lelaki dan pasangan.
Bagaimana cara merawat ejakulasi pramatang secara semula jadi?
Merawat ejakulasi pramatang secara semula jadi melibatkan senaman otot pelvik, teknik relaksasi, dan komunikasi terbuka dengan pasangan untuk mengurangkan tekanan.
Jika masalah berterusan, anda boleh mempertimbangkan penggunaan produk yang menyokong daya tahan seperti Plan Xtend+, yang menggabungkan rawatan dalaman dan luaran untuk memberikan bantuan tambahan dalam mengawal ejakulasi. Walau bagaimanapun, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor untuk penjelasan dan rawatan lanjut.
Siapakah yang berisiko tinggi mengalami masalah ejakulasi pramatang?
Lelaki dari semua peringkat umur boleh mengalami masalah ini, terutama yang mengalami tekanan, masalah hubungan, atau gangguan kesihatan tertentu.
Adakah ejakulasi pramatang boleh diatasi sepenuhnya?
Ramai lelaki berjaya mengatasi masalah ini dengan rawatan yang sesuai, perubahan gaya hidup, dan sokongan pasangan.
Plan Steady+ adalah sebahagian daripada rawatan yang berkesan, mengandungi rawatan moden dan minuman tambahan yang disesuaikan untuk anda , meningkatkan daya tahan dan stamina. Keberkesanan rawatan bergantung kepada punca masalah dan komitmen dengan plan rawatan.
Bilakah perlu mendapatkan rawatan profesional untuk ejakulasi pramatang?
Jika masalah ejakulasi pramatang menjejaskan hubungan atau menyebabkan tekanan emosi, dapatkan rawatan profesional di klinik seperti Him Clinic untuk diagnosis dan rawatan yang tepat.
Konsultasi Ejakulasi Pramatang Dengan 3 Langkah Mudah



Tak pasti plan ejakulasi pramatang yang sesuai untuk anda?
Bercakap dengan doktor atas talian dan dapatkan diagnosis dari sofa rumah anda.
Book KonsultasiInfo Sakit Tuan & Kesihatan Lelaki
Semakin ramai lelaki melihat perubahan yang nyata dengan rawatan
Buat SaringanMasalah Ejakulasi Awal & Pancutan Pra Matang
Ejakulasi pramatang, juga dikenali sebagai pancutan pra matang atau ejakulasi awal, merupakan salah satu masalah seksual lelaki yang paling kerap berlaku. Ia merujuk kepada keadaan di mana lelaki mengalami pancutan sebelum atau sejurus selepas penetrasi, tanpa kawalan yang memuaskan.
Menurut Malaysian Medical Gazette, kadar ejakulasi pramatang dalam kalangan lelaki di Malaysia adalah setinggi 31.7%. Laporan Relevan pula menyatakan hampir tiga daripada sepuluh lelaki dewasa di Malaysia mengalami masalah ini, iaitu bersamaan dengan kira-kira 3.4 juta lelaki.
Bukan Sekadar Masalah Seksual
Masalah ini bukan sahaja memberi kesan kepada keyakinan diri, malah boleh menjejaskan keharmonian hubungan suami isteri. Ramai lelaki berasa malu atau segan untuk mendapatkan rawatan, sedangkan ia adalah isu yang sangat biasa dan boleh dirawat dengan berkesan.
Mendapatkan bantuan profesional adalah langkah yang bijak dan digalakkan untuk kesejahteraan diri serta pasangan.
Kesan Ejakulasi Pramatang Terhadap Lelaki
Kesan ejakulasi pramatang bukan sekadar fizikal, tetapi turut melibatkan emosi dan psikologi. Seperti yang dijelaskan oleh Malaysian Medical Gazette, lelaki yang mengalami masalah ini sering berdepan tekanan perasaan, rasa rendah diri, dan malu yang berpanjangan. Hubungan intim bersama pasangan juga boleh terjejas, menyebabkan komunikasi menjadi dingin atau timbul salah faham.
Dalam jangka masa panjang, masalah ejakulasi pramatang boleh menjejaskan keyakinan diri, menyebabkan stres, dan mengurangkan kepuasan dalam hubungan. Namun, penting untuk diingat bahawa menangani isu ini secara terbuka boleh membantu meningkatkan kesejahteraan emosi dan memperbaiki keintiman bersama pasangan.
Cara Merawat & Mengatasi Pancutan Pramatang
Terdapat pelbagai cara merawat ejakulasi pramatang yang terbukti berkesan. Rawatan boleh merangkumi perubahan gaya hidup, senaman kawalan otot pelvik, penggunaan ubat-ubatan tertentu, dan terapi psikoseksual. Antara rawatan yang sering disyorkan termasuk:
- Senaman Kegel: Menguatkan otot pelvik untuk membantu kawalan pancutan.
- Terapi tingkah laku: Seperti teknik start-stop dan pause-squeeze.
- Ubat-ubatan: Terdapat ubat oral atau krim topikal yang boleh membantu melambatkan ejakulasi.
- Kaunseling atau terapi pasangan: Membantu mengatasi tekanan emosi dan memperbaiki komunikasi.
Pendekatan holistik juga penting, termasuk berbincang secara terbuka dengan pasangan dan menguruskan stres harian. Jika anda tidak pasti rawatan yang sesuai, dapatkan nasihat daripada doktor bertauliah untuk pelan rawatan yang selamat dan berkesan.
Melambatkan Ejakulasi: Tips & Teknik
Terdapat beberapa teknik yang boleh diamalkan untuk melambatkan ejakulasi pramatang, antaranya:
- Teknik pause-squeeze: Hentikan rangsangan seketika dan tekan kepala zakar sehingga keinginan pancutan berkurang.
- Teknik start-stop: Hentikan rangsangan sebelum hampir pancut, kemudian sambung semula selepas beberapa saat.
- Senaman pernafasan: Tarik nafas dalam-dalam untuk mengawal rangsangan dan mengurangkan kegelisahan.
- Senaman Kegel: Amalkan secara konsisten untuk hasil jangka panjang.
Komitmen dan konsistensi sangat penting dalam mengamalkan teknik ini. Komunikasi terbuka dengan pasangan juga membantu, supaya kedua-dua pihak saling menyokong dan memahami proses rawatan.
Kenapa Anda Perlu Memilih Him Clinic untuk Rawatan Ejakulasi Pramatang?
Him Clinic menawarkan rawatan ejakulasi pramatang yang menyeluruh dan berasaskan bukti. Proses rawatan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian, bermula dengan saringan awal diikuti sesi bersama doktor melalui platform online. Ubat pula akan dihantar terus ke pintu rumah anda tanpa label ubat bagi menjamin kerahsiaan.
Kami menitikberatkan privasi pesakit pada setiap peringkat rawatan. Setiap pesakit akan mendapat pelan rawatan yang disesuaikan mengikut keperluan individu, dengan rawatan susulan berterusan.
Jangan biar masalah ini menjejaskan kehidupan anda. Hubungi kami dan dapatkan rawatan di Him Clinic untuk perubahan yang positif.
Read More
E-Book Percuma: Panduan Kesihatan Dari Klinik Lelaki Bertauliah
Join Telegram untuk lebih info.










